CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Thursday, July 12, 2012

bersyukur

Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH swt...

Segala yang telah dihimpunkan oleh-nya sangat sangat tidak ternilai. Aku bersyukur setelah sekian lama berhempas pulas berdamping dengan hipokrasi manusia yang durjana akhirnya aku merelakan kerana aku tahu bukan DIA yang kumahu. Aku gembira sangat gembira kerana telah mengetahui segala kebenaran. Dia bukan yang terbaik dan selayaknya dia dengan orang yang sekufu dengan dirinya itu. Sungguh aku telah menarik nafas yang lega dan seusai itu segala beban telah hilang lesap seperti angin yang lalu. ALHAMDULILLAH...

Perjalanan hidupku sangat panjang, luas dan jauh. Setiap langkah ku memberi seribu satu pengertian dan langkah itu selalu diperhatikan. perjalanan untuk menjadi seorang individu yang dapat berdikari sepenuhnya, yang dapat menjadi seorang muslimah sejati, seorang yang mampu untuk menjadi 'leader' atau pemimpin yang berkaliber bukan sahaja kepada masyarakat tetapi kepada ahli keluarga tercinta suatu hari nanti. Penat menahan segala konspirasi dan konflik diri yang asyik menghalang untuk terus berjihad (malas untuk membuat pengorbanan), kadang-kadang menjadi seorang pelajar ini 'procrastination' selalu membelengu. Lihat sahajalah orang-orang yang berjaya, Prof. Dr. Muhaya salah seorang wanita yang aku sanjungi dalam menggapai cita-cita beliau berusaha untuk menjadi individu yang celik agama juga. DOKTOR satu cita-cita yang besar dan memerlukan pengorbanan yang tinggi. Dahulu, aku tidak menyangka aku akan menjadi seorang pelajar perubatan. Aku kini bakal mempunyai dua ijazah dalam bioperubatan dan perubatan...bayangkanlah betapa jauh perjalananku dan kerana 'passionate' terhadap medikal aku teruskan jua. Aku tinggalkan cinta, aku tinggalkan rasa sedih itu selamanya keran DIA tidak berbaloi untuk ditangisi lagi. Bukan dia yang kumahu, bukan dia ayah untuk anakku, bukan dia yang akan membimbingku. 

Kini aku tidak lagi menghiraukan apa yang dikira oleh orang lain (mendengki). Siapa mereka untuk menilai diri ini? Kita tahu siapa diri kita. Kita tahu di mana kebolehan diri kita. Setiap perbuatan kita untuk siapa? untuk orang lain...lillahita'la untuk Allah. Tidak perlu gusar, tidak perlu takut dengan manusia yang mencerca menasihati sesama kita itu lebih baik. Menilai itu penting tetapi melebih-lebih itu sudah lebih...haha. Biarkan segalanya berlalu aku bersyukur kerana bukan DIA untukku . Sekali lagi ALHAMDULLAH...

Monday, April 9, 2012

kehidupan baru bermula

bayangkanlah sudah bertahun lamanya aku ditakuk yang sama tetapi rutin harian yang berbeza dan kadang-kadang sama. Oh begitulah lumrah kehidupan. Tinggal beberapa hari sahaja lagi aku akan berpindah dari tempat kesayangan iaitu Shah Alam. Sungguh menyedihkan tetapi ' Life must goes on ' !!! Acapkali mentarbiyah diri untuk lebih fokus dan menjauhi perkara yang me-laghokan nauzubillah !!!

Sebut sahaja pasal berpindah, diri ini sudah banyak membayangkan perkara yang bakal terjadi. Sungguh sadis jiwa ini terkadang berfikir itu-ini seolah-olah memang akan terjadi. Ya Farehah jangan kamu bersangka buruk dengan ALLAH swt. Ingat itu wahai muslimah. Bukan apa rasa sayang sangat nak meninggalkan kenangan yang sudah bertaut bertahun lamanya di sana. Di situlah segalanya bermula daripada perkenalan,perpisahan, jatuh, dan bangunnya seorang insan yang bergelar pelajar. HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL !!! Ingatilah Allah adalah sebaik-baik pelindung. Di mana sahaja kamu berada walaupun terpaksa berpindah randah seperti kalangan nomad itu, ingatilah kembali hanya Allah sebaik-baik pelindung dan janganlah kita khuatir kerana setiap perubahan itu adalah yang terbaik untuk diri kita sendiri.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa diri ini melampiaskan coretan tak 'seumpama ilmu' penuh ni. Sebenarnya hati terkadang merasa tidak puas berada di tempat yang sudah kita biasa duduki, kita lewati saban hari melihat tempat yang sudah kita BIASA. Ialah keluar daripada zon keselesaan sendiri. Itulah yang mendatangkan kelecehan kepada diri ini sendiri. Mengira hari dan tahun itu sebenarnya tidak elok kerana buat apa kita sibuk memikirkan perkara yang masih nyata di alam ghaib sedangakan lebih baik kita hidup dan hargai hari ini dan berdoa semoga hari ini lebih baik dari semalam dan moga-moga esok lebih baik dari hari ini kan.

Saban hari daku makin berusia (tidak lah tua sangat semakin kewanitaan ). Mahu menjadi muslimah yang berkerjaya, berilmu agama yang banyak, dan menjadi isteri yang SOLEHAH. Ya Allah mudahkan lah perjalanan hidupku ini. Abang pun akan pergi latihan di lumut dan daku akan sibuk praktikan di UPM dan akan melanjutkan pelajaran lagi. Hati ini mahu nikah kerana sering kali tak terbendung kerinduan terhadap pasangan hati itu. Sungguh rindu dan menyayangi yang teramat sangat (apa ni kamu farehah teramat sudah melambangkan lebih tambah lagi sangat lebih lagi ke mana Bahasa Melayu kamu? ) . Fuh sungguh tidak keruan rasa rindu tambahan mahu pindah dari zon keselesaan sendiri. Sedih tidak berketepian lah jawabnyer kan. Mudahnya kita meluahkan tetapi sesukar mana sekalipun hidup mesti diteruskan bukan sekadar HIDUP PERLU ENJOY !!! Baca banyak-banyak asma' wa sifat lepas ni bagi menambahkan keberkatan dalam kehidupan ini moga-moga Allah tetapkan hati dan iman yang semakin lemah ini AMIN. Bagi yang belum mengetahui apakah itu? Di sini daku sertakan tauhid asma' wa sifat link. 






Selain itu disertakan juga hafalan ayatul Qursi dalam 10 cara bacaan yang berbeza. Moga-moga membuka ruh keimanan di dalam hati yang liat dan lemah ini. 




Sekian dari saya hamba Allah yang sering mendaki untuk mendapat keredhaan dari-NYA inshaallah mudah mudahan kita-kita yang lain juga.

Thursday, January 19, 2012

belajar memahami apa yang sudah tersirat dan ketentuan

Kusedar jalan yang kulalui benar-benar jauh dan berliku. Sungguh bukan kepalang sakit yang ditanggung kerana kesilapan yang sebelum ini yang pernah kulakukan. kulihat ramai rakan-rakanku yang jauh lebih berjaya daripadaku dan mereka semua mencapai kejayaan dalam waktu yang singkat daripadaku. Akan tetapi aku tetap cuba dan bangun kembali dari segala kepayahan ayang aku tanggung. waktu ini aku menghabiskan degree dalam bidang Biomedic. Terasa sangat sedikit ilmu yang aku pelajari jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang rakan dan taulan lain ada. Waktu melakukan research sahaja aku merasakan aku banyak ketinggalan dan aku banyak melakukan kesilapan Buat benda itu tak jadi buat benda ini tak jadi. Tetapi Allah sajhaja yang mengetahui beban yag aku tanggung. Istiqamah atau tidak aku terhadap solat dan doaku. DIA ingin mengujiku. sungguh penat untuk aku menaakul segala ilmu yang kian sukar pabila kita berada di tahap yang makin tinggi dan mencabar.

Semalam hanya tinggal kenangan. Aku tidak mahu hidup dalam angan-angan sahaja. Aku ingin membuktikan yang bahawa aku berani dan boleh berjaya dengan segala kebahagiaan yang Allah akan berikan suatu hari nanti bersama keluargaku.

Sunday, January 15, 2012

alhamdulillah segalanya

wah coretan hari ini semakin mendatangkan perasaan yang penuh dengan semangat. Seperti ada suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila aku sudah mula matang dalam membuat keputusan. Aku mula merasai siapakan aku tetapi aku sering kali mudah menunjukkan rasa hampa depan semua orang! Macam mana nak menjadi seorang pensyarah !!! sebenarnya sebelum ini aku memasang niat untuk menjadi seorang doktor kerana dengan kelayakan ayang aku ada aku mampu meneruskan pengajian degree yang kedua dalam bidang perubatan . Yelah degree pertamaku adalah dalam bidang biomedikal sains memang sudah menjurus kearah kajian dan perubatan. Akan tetapi kuimbas kembali cita-cita awal daku dahulu sewaktu kecil, aku ingin menjadi seorang pendidik. Aku lihat semua coretan sewaktu kecil, nak menjadi pensyarah dan doktor falsafah (phD) . Sudah terang lagi bersuluh aku sudah hampir melupakan niat tersebut. Kemudian, aku memikirkan pula kehidupan aku sesudah berkahwin, aku ingin meluangkan masa dengan anak-anak, suami yang tercinta dan bertemu keluarga dengan muda. pabila menjadi doktor, semestinya jadual harianku sangat ketat. Lihat sahajalah ibuku yang bertugas sebagai seorang jururawat sungguh penat dengan kerja yang tinggi risiko. Salah cucuk mati orang!!!!. Lumrah orang berfikir menantu aku bakal doktor. Doktor ada dua jenis mak cik phD atau MBBS . Dalam hatiku berkata, saya tak jadilah nak ambil doktor perubatan saya nak jadi pendidik yang berjaya melahirkan anak bangsa supaya berinspirasi.

Macam mana nak bagi tahu ibu dan ayah ni yang saya tak nak jadi doktor perubatan tapi mahu jadi doktor falsafah dalam bidang kajian perubatan??? Dilemma betul tapi tabahkan hati saya tahu saya boleh.

Tuesday, August 9, 2011

cerita aku

hari ni macam biasalah sibuk dengan research proposal dan daftar wi-fi dekat msu ni..actually ader jer internet but i malas nak bawa pergi msu sebab takut kalau-kalau terhilanglah kan. haish tension memikirkan research proposal ni kemuadian ada lah pulak presentation yang akan menyusahkan selepas ni. tak perlah inilah peluang kita mencari ilmu kalau pemalas dekat kampong lah engkau !!!!! (jangan salah anggap yer orang kampong ada je yang berjaya tapi i tak mahu duduk di kampong sahaja kiranya nak berhijrah lah  ) .

sungguh lah i ni banyak buang masa tapi lama kelamaan dah jadi terbiasa kalau nak buat apa-apa nak cepat lepas tu kurang suka nak melepak suka-suka dekat luar. alhamdulillah ada perubahan disitu yer farehah. tadi di msu i adalah berborak dengan student mbbs bercerita pasal kos yang dia ambil di msu ni ok ker ataupun tidak. selalunya 'newbies' atau orang baru yang masuk msu ni sume mengutuk tapi setelah aku belajar di sini (msu) lama kelamaan boleh nak dikatakan msu ni boleh maju lagi. tunggu sahajalah bila msu ni dah meningkat naik dan semua bangunan yang belum siap disiapkan-mesti ok punya kalau study sini.

Friday, February 4, 2011

tak seindah

saban hari aku menghitung waktu untuk mencapai segala yang aku impikan. memang perit apabila melihat ramai taulan yang sedang hampir mencapai cita-cita mereka. aku menjadi kalut. terasa penat dan bosan dengan kerenah hari-hariku yang kian hambar dan hati yang semakin menebal dengan sepi. tak terbendung perasaan ini. tetapi apakan daya kekesalan sudah tidak dapat bersisa kembali. semangat ! oh di manakah dikau wahai semangat? mengapa diriku kian menyepi dan terasa semakin hambar dalam riuh-rendah kehidupan manusia kini. aku tahu siapa kau tetapi dalam mengecapi siapa aku aku menjadi kian letih dan semakin hampa dengan segala kerenah manusia yang penuh dengan bermacam cerita seperti penindasan, bodek-membodek, dan sebagainya. aku kian tertekan. BENCI...SUNGGUH AKU MEMBENCI...aku kian tenggelam dalam diriku yang semakin hilang semangat. tidak seperti tingkatan 6 dulu. aku aktif, aku hebat-terasa diri ini hebat di mata guru dan pelajar malah terasa diri ini sangat berguna dan berharga. tetapi kini? hampa!. saat aku di ambang kepiluan dan sewaktu daku di ambang kekecewaan semuanya datang memberi harapan konon, tetapi saat mereka senang waktu aku kian susah dan semakin meratapi kesedihan hati yang sangat bersisa ini tiada sesiapa yang mahu datang betul-betul megubati...sungguh mereka datang hanya mahu menumpang! seperti umang-umang.

aku selalu bersedih bersendirian. mengenangkan nasib yang kian kaburr dan menghitung hari-hariku yang kian hambar. adakah nasibku akan seperti ini? pabila aku kian tua? pulak selepas itu mendapat suami yang pentingkan sangat dengan keluarga dia sahaja dan tidak mahu berlaku adil dengan keluargaku? sungguh ya ALLAH kau jauhkanlah aku daripada lelaki seperti itu....AKU TIDAK RELA...

hati memang merintih. merintih dan menangisi setiap waktu yang berlalu seakan tiada pengisian yang berguna. manfaat pon sekadar ke arah duniawi..ukhrawwiku? bagaimana kesudahannya? melihat kasihan terhadap kedua ibu-bapaku tetapi mereka pon bergaduh dan seakan fed-up dengan pasangan masing-masing. kasihan mereka..adakah aku akan senasib dengan mereka? ditambah pula dengan abang yang cacat aku tiada tempat untuk betul-betul bermanja. habis tu kan kau bermanja dengan teman hati kau tu? hei itu tidak membawa makna yang besar kerana dia belum tentu jodohmu dan belum tentu dia suamimu di dunia dan di akhirat kelak? maknanya aku perlulah selalu berdoa kehadrat illahi supaya dipanjangkan jodoh dan semoga aku tak tersalah pilih calon!!!!!

Thursday, November 11, 2010

harapan menggunung


hati ni bercita-cita hendak menjadi seorang manusia yang berjaya kelak...


seriuslah engkau agak depresi dan selalu mood swing ni boleh jer selalu bertukar tukar rasa nak jadi apa??? iya ker?

Sebenarnya jauh di satu sudut di hati ini aku inginkan kejayaan yang sempurna dan hakiki. tiada seorang pun yang sempurna? apalah engkau ni Farehah ! Hey aku maksudkan 'sempurna' itu bukan sempurna yang cukup segala sifat kejayaan yang dikecapi terhadap diri. Sebenarnya memadai jikalau aku selalu dapat anugerah dekan dan selalu gembira dengan diri aku ini dan juga terhadap segala kebahagiaan yang bakal tiba. Sebenarnya aku sangat bersyukur jika aku mampu mendapat dekan setiap semester tapi apakan daya selalu jer sikit lagi nak dapat. Maklumlah  ambil kos medikal memanglah sengit cabarannya tambahan pula bercampur belajar bersama ramai 'pelajar pintar'.

Terkadang selalu sahaja rasa seronok sewaktu mahu mula belajar di awal semester, kemudian semangat itu luruh akibat kurangnya istiqamah dan kemalasan yang kian meruncing . Ha ! ini semua tabiat negatif yang harus disingkirkan jauh-jauh dari jiwa dan raga kalau mahu menjadi seorang DOKTOR. Sebenrnya, aku ini ambil dua ijzah ataupun dalam bahasa inggerisnya 'double degree' . Jadi, lambatlah masa untuk aku habis belajar. Kiranya kawan aku kalau dah kahwin boleh dapat 1 atau 2 anaklah baru aku nak selesai belajar . Yelah sekarang tahun 2010 umur aku sudah 21 maknanya dalam umur aku 27 baru habis kedua-dua ijazah tersebut. Malah tak termasuk 'housemanship' lagi !!!!! wahhh tua bangka da aku !!!! Mak !!!!! bila nak Kahwin nih...heheh

Eh ! Jauh pulak menyimpang dari topik perbualan asal. Sebenarnya aku tahu aku boleh berjaya tetapi aku dapat merasakan bahawa aku perlulah banyak berkorban masa dan segala yang aku suka dan ketepikan benda-benda yang aku terlalu sukakan itu ...Boleh kah ? Sebagai contoh, kurangkan banyak tidur, berangan nak jadi kaya cepat dan macam-macam, pemalas nak mengadap buku tu jauh-jauh. Senang cerita kene rajinlah nak berusaha dan sanggup bercekang mata belajar dan meraih A+ yang banyak dan berderet-deret.

bersambung...