CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Friday, June 7, 2013

IF

"Soulmate"


Incompatible, it don't matter though
'cos someone's bound to hear my cry
Speak out if you do
You're not easy to find

Is it possible Mr. Loveable
Is already in my life?
Right in front of me
Or maybe you're in disguise

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me  why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

Here we are again, circles never end
How do I find the perfect fit
There's enough for everyone
But I'm still waiting in line

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

If there's a soulmate for everyone

Most relationships seem so transitory
They're all good but not the permanent one

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone
If there's a soulmate for everyone



Not everyone understand what the meaning of waiting and wandering. Waiting for things that really don't much exists as they seem. Even so, you try your best to STAY and still hold by your beliefs and still waiting for the unsure. The CIRCLES WILL NEVER ENDS until god will ! Just wait even you have done your best. Don't blame to your heart because your mind also make the choice. 

IF THERE A SOULMATE FOR EVERYONE 

Thursday, June 6, 2013

HAH

Aku kena fikir apa rutin yang perlu aku buat dan tambah bagi lighten up my days. Sejujurnya aku paling tak suka benda yang terlalu rutin dan selalu sama. Even kalau rutin kerja rumah seharian, aku akan buat sesuatu yang selalu bagi aku rasa seronok . Memang sebagai seorang pelajar, minat untuk membaca seharusnya ada ! Bukan seharusnya tetapi WAJIB okay...Aku dah mula nampak diri aku ni mula malas membaca buku. Aduh mengapa memang aku semakin pelik tapi biasalah kerajinan akan turun naik sama jugak macam hormon ni ha asyik asyik macam rollercoaster.


menurut apa yang perlu dikaji inilah dia rollercoaster yang kita naik dan kita seronokkan sangat. Tapi..tapi hakikatnya banyak force yang membahayakan dan boleh mengundang sesuatu yang memualkan sewaktu naik dan setelah berhenti




Bagi aku, kematangan dalam ilmu tidak boleh di beli dan aku tak suka jadi nerd ! Aku adalah seorang yang selalu mencari hari hari dan benda benda yang boleh buat aku rasa sangat berinspirasi (boleh pulak aku terbayangkan spongebob dalam scene IMAGINASI dia bodo ker haper? hahaha). Aku tidak boleh hilang moral dan semangat sebab aku tahu nanti apa jadi, aku akan hilang selera makan yang amat mendadak dan aku akan kurus dengan mudah sesimple ABC !! (the heck). So buat penat jer ko jah makan herbalife tapi..tapi..tak jaga badan. Selalu tak moral sebab aku down pasal study itu selalu sangat usually sebab nak compete dengan orang yang rajin dan fokus daripada aku. Aduhai, aku nak kan sesuatu yang dapat buat aku sungguh F O K U S ! Supaya aku dapat manfaatkan 4 jam study aku sepenuhnya . Kena pupuk dan belajar untuk kawal nafsu diri untuk tidak melencong buat perkara lain . Selalunya bab melencong tu adalah....

  

Kedua-dua sekian di atas memang salah satu kelencongan yang aku selalu buat bila dah hilang fokus setelah berjam study mentidurkan diri dengan baca novel kegemaran. Sebut pasal novel aku banyak stok yang dibeli awal dan belum dibaca lagi. Aku suka bila ada mood nak baca buka buku baru dan komferm aku akan baca sampai habis dalam 2 atau 3 hari. Teruk gila jugak perangai aku ni. Belum cerita nak kena baca buku yang di bawah ni lagi. Heloo cik jah bukan BACA jer okayy HAFAL sekali !! Mampos padan muka dengan ko hahahaha (gelak guling-guling kata adik aku Syakir)

baru tengok kat atas belum lagi tengok ketebalannya. Mashaallah muntah hijau kau.


Inspirasi dan aktiviti seharian yang dapat buat kita rasa seronok itulah yang dapat buat aku teruskan minat nak study perubatan ni dan penting sangat-sangat untuk orang sekeliling aku sentiasa bagi semangat tapi aku kena faham tak selalu orang kena ada dengan kita bila bersusah payah (bayangkan angkat guni naik bukit ...adoi mak jah lah aku kuat imaginasi). Siapa yang selalu bersama aku through thick and thin will be with me during my best !! He worth it for me to share all my happiness nanti. SIAPA oh siapakah??? Tanya Allah swt dia akan ada suatu hari nanti.
Okay kering otak menaip ni. Aku akan update apa yang seronok nanti yer.

Friday, May 31, 2013

Kosong

Entah mengapa gelisah di hati semakin terasa. Kekosongan jiwa ku masih bergolak. Mencintai dan di mengerti semakin terasa tetapi jiwaku seakan makin berdarah. Dalam diam aku menangisi nasib diri dan aku mahu menghilang. Aku merasa seperti mahu pergi jauh dari segala kekusutan dan masalah dari hari ke hari. Aku masih tidak mampu mengenali diri sendiri malah tiada siapa benar-benar mengerti diri ini. Aku kian gelisah dan kosong.

Rindu mendambakan kasih sayang yang sejati masih ku tunggu dan aku seakan bersedia menerima hakikat bahawa diriku akan kekal dikhianati waktu dan pilu. Sungguh terlalu banyak waktu dan tangis yang telah ku gugurkan sepanjang zaman remaja dan kini dewasa. Tidak pernah merasa erti kebahagiaan yang sepenuhnya melainkan hanya bersyukur menerima rezeki dari Allah swt atas kurnianya kepada ku dari hal keluarga dan kejayaan.

Mahu apa untuk ku curahkan rasa kasih dan sayang ini sehalalnya dan kepada siapakah dia? Adakah dia sejujurnya akan merima segala kekurangan diri ini walaupun banyak cacat cela mungkin kurasa diri ini keji. Aku semakin takut untuk dilanda ombak khianat cinta. Aku takut tangisi semua ini hati aku makin merayu untuk dirawat. Tidak sepenuhnya luka di hati sembuh malah kurasa kian berdarah. Apa kan daya cinta tidak boleh di paksa malah sakit itu anugerah daripada Allah swt kerana aku insah terpilih yang masih terluka.
\
Aku coretkan rasa hati di sini yang menambah sepi di hati yang belum di ubati. Aku berdoa agar ada jodohku dan ku mananti. Hakikatnya setia tidak mudah dijual beli. Setiaku di sini menanti walaupun tersakiti dalam diam aku menggigit tangkai hati yang kering . Apakah semua ini ujian dari-Nya yang sesungguhnya menguji kesabaran diri ini yang kian di mamah waktu usia. Mengapa setiap kebahagiaan diberi-Nya perampas cinta yang menculik si jantung hati? Malah siapa aku dihatinya?

Aku seperti makin menghilang malah aku seperti mahu menghilang. Sungguh ujian-Nya sudah aku terbeban dan tidak tertahan. Aku kian penat dan lelahku tiba di hujung hembusan nafas singkat dan panjang . Rasa kasih ini ku limpahkan malah aku curahkan buat kali terakhirnya dan aku berjanji inilah peluang terakhir ku berikan kepada hati. Aku mengimpikan kasih yang dimengerti ikhlasnya mendambakan hadirnya aku dalam tiap jerih harinya walaupun dibeban waktu yang terkadang. Aku bersyukur terhadap hadirnya malah aku redha atas segala ujian. Cuma adakah kasihnya kepadaku seluas kasihku kepadanya atau adakah benar dirinya mahukan diriku dan menanti ?


Ya allah tabahkan hatiku, aku merindu tiap detik dan tiap saat tulang rusukku. Hadirkanlah dia di dalam hidupku kerana hatiku terlalu rindu dan aku menanti siapakah dia? But definitely I love him inshaallah.
Aku pasrah dan aku redha....


Thursday, May 30, 2013

Dia seorang gadis (2)

Beburung bersiulan nyata di puput angin
Dari kejauhan dia tersenyum
Gadis itu melihat pepohon rindu dan sayu
Di sinilah tempat segalanya bermula

Mekar bunga merah ibarat hati berdarah
Dikutip kelopak rindu jatuh dibias angin
Getar hati terawang kembali 
Melihat burung berpasangan di sini

Mengapa aku? Mengapa aku?
Kau si insan pilu menyakiti?
Siapa dirimu berani tawan hati
Adakah dirimu dewa benci?

Resah minda merawat memori
Membuang sial dalam diri
Dalam diri bermula benci
Benci yang akan membuat jejaka rugi

Gadis itu menyimpan seribu rahsia
Hanya yang ikhlas mampu menawan
Rahsia hatinya tersimpan kemas
Kemas sehingga jejaka rawan bertanya

Dia mendiam sejuta kata
Ditanya bertubi-tubi
Dia pergi tak mampu lagi
Kali ini masih sendiri

Dia seorang gadis

Gadis itu pernah lemah di tawan api dengki
Dalam payah dia menitip hari yang baru
Termenung melihat kenangan dahulu yang masih segar
Terpedaya oleh insan bernama pilu

Gadis itu, sendiri dalam hari-harinya
Tidak pernah meminta simpati rakan
Dia bergerak sendirian menahan luka
Dirinya susut seribu nyata dari indah nan delima

Gadis itu tangisi pemergian buat selama-lamanya
Dia melepaskan dan rela melihat dari kejauhan
Kerana insan pilu tamak haloba
Dia redha, pergilah pilu dia lebih layak

Gadis itu sepi menitiskan air rindu
Dalam sejuk dan dingin malam dia berdoa
Agar diberi kekuatan melepasi hari esok
Dia sengsara, dia gagahkan hati melihat buku

Gadis itu pernah terluka
Diberinya peluang kepada insan pilu
Rupanya nista sejuta rasa
Dari insan tamak haloba

Rupanya mereka ! Ya mereka !
Tidak bersyukur, masih mencari penyedap rasa
Mencari delima mekar terkaman jiwa
Menambah rasa hari durjana

Gadis itu


Akhirnya membawa diri
Pergi mencari illahi dan diri
Dia terawan dalam pahit
Berusaha sendiri lagi

Kerana

Tiada yang memahami, mengasihi
Setulus hati walau dirinya keji
Dia pergi takkan kembali
Lihatlah pilu ! Dikau akan tangisi

Kerana

Gadis itu telah pergi
Maaf dia pergi, pergi, pergi



Isteriku seorang doktor


Panduan Mengahwini Seorang Doktor

“Apa persediaan yang diperlukan untuk mengahwini seorang doktor?” seorang penghantar emel bertanya soalan.
Jawapannya ada di dalam tiga buku yang telah saya tulis.
Tetapi memberitahu begitu mungkin tidak membantu.
Apa yang ingin disampaikan mungkin perlu diberitahu secara spesifik agar JELAS.
Berikut adalah rumusan yang boleh saya fikirkan, apabila seseorang yang bukan doktor mahu mengahwini seorang doktor:
1. GADIS ITU DOKTOR
Anda mengahwini seorang gadis, yang anda pilih, dan cintai, kerana dirinya adalah dirinya, sebelum beliau seorang doktor. Pandanglah dia sebagai gadis itu, bukan sebagai seorang doktor. Dia mahu dirinya dicintai sebagai dirinya.
Jika dirinya melakukan kesilapan, ia adalah kerana dirinya adalah dirinya, bukan kerana dia itu seorang doktor. Dia doktor di hospital atau klinik, tetapi dia ada gadis itu di hospital, klinik dan luar hospital serta luar klinik.
2. MEMBERI, LEBIH DARIPADA MENERIMA
Anda seorang yang semasa berkahwin, sangat berminat untuk berperanan, menyumbang, berkongsi, membantu dan mendidik. Yakni berkahwin kerana dorongan MEMBERI, bukan MENERIMA.
Hala fikir dan jangkaan perkahwinan adalah daripada anda kepada dia, bukan dia kepada anda. Anda mencari bahagia dalam melakukan sesuatu, bukan menunggu diperlakukan seperti yang anda mahu. Dan semua yang dilakukan seperti yang anda mahu berubah daripada ‘gaji’ kepada ‘bonus’ yang sentiasa dirai dan dihargai.
Maknanya, gaji perkahwinan anda adalah daripada apa yang anda buat. Manakala bonus adalah daripada apa yang isteri anda buat.
3. KESIBUKAN
Kerja lain pun sibuk juga. Tetapi bekerja sebagai doktor memang sibuk.
Namun sibuknya hanya seketika, di beberapa tahun permulaan bekerja. Ketika houseman (internship), ketika menjadi pegawai perubatan (MO), ketika tahun pertama hingga keempat semasa mengikuti program Sarjana Klinikal hingga berjaya menjadi pakar. Semasa beliau menjadi pakar, beliau masih sibuk, tetapi Insya Allah ketika itu anda juga sudah menjadi pakar menguruskan kesibukan  diri dan isteri.
Jadi, jangan terkejut dengan kesibukan, menyalahkan kesibukan, marah-marah dengan kesibukan kerana ia sesuatu yang sepatutnya sudah ada dalam jangkaan. Mana mungkin semasa memandu di lebuhraya, tiba-tiba and terkejut melihat plaza tol! Memang ia sudah ada dalam jangkaan. Sediakan siling atau touch and go, sampai waktunya, bertindaklah seperti yang sepatutnya.
4. HARGA DIRI
Andai bakal isteri anda seorang doktor, manakala anda pula jurutera, akauntan, peguam atau ahli perniagaan kelas A, maka topik ini tidak begitu relevan. Tetapi jika anda seorang ‘ustaz’ seperti saya, anda mesti tangkas mengendalikan keyakinan diri, tahu meletakkan nilai yang betul kepada diri dan isteri dan teguh mendepani persepsi ahli keluarga atau masyarakat yang mungkin sekali sekala boleh menguji maruah diri anda.
Semasa berwacana di Indonesia, saya dimaklumkan oleh seorang rakan panelis bahawa jika di Indonesia itu, untuk seorang doktor perempuan berkahwin dengan ustadz, ia masih jarang-jarang berlaku. Kelihatannya seperti tidak sekufu. Sama ada soal gaji, soal status sosial atau apa sahaja, sang suami mungkin sering kalah, kalah dan kalah.
Maka untuk mendepani hal ini, jangan pula sang suami melatah mencari pendapatan tambahan secara haram, naudhubillah. Atau secara yang kemudiannya nanti menggadaikan tujuan asal berumahtangga.
Harus ada persefahaman yang tinggi antara diri dan isteri. Sering berbincang. Kukuh mengukuhkan. Dan sangat bagus jika anda mengambil tahu tentang kerja isteri, memahami jargon-jargon perubatan, isu-isu di tempat kerjanya, kerenah para doktor dan pasukan perubatan yang menjadi rutin hariannya agar bukan sahaja perbualan anda dengan isteri menarik, malah anda tidak menjadi kera sumbang apabila sesekali bersama isteri di dalam majlis yang dihadiri oleh para doktor seperti isteri anda.
Dalam bab ini juga, hanya pendapat anda dan isteri sahaja yang valid. Pendapat SESIAPA SAHAJA selain anda dan isteri hendaklah diabaikan, dipekakkan dan bersenang lenanglah anda dan isteri dengan kasih sayang serta keyakinan bersama tanpa terkesan dengan ‘apa orang lain cakap’.
Anda mestilah seorang yang bekerja keras, tanpa mengabaikan keluarga, berusaha meningkatkan kualiti diri, belajar ilmu dan kemahiran baru, dan seterusnya menjana pendapatan yang lebih baik dari semasa ke semasa. Sangat bagus juga jika anda boleh pertimbangkan pilihan menyambung pengajian ke peringkat Masters dan PhD untuk tujuan ini, dan untuk anda berasa gembira dengan diri sendiri. Jika anda gembira, doktor itu gembira, dan anak-anak gembira, masyarakat pun gembira.
Yang berduka dan negatif hanyalah yang masih terus mengumpat, mengata dan hidup berhasad dengki, kata Prof Dr. Muhaya. Juga seorang doktor.
5. MENJADI SURI RUMAH?
Jangan paksa doktor itu berhenti kerja dan menjadi suri rumah.
Jika anda berpegang dengan pendapat wanita lebih baik duduk di rumah, janganlah mengahwini seorang doktor.
Perbelanjaan besar untuk menghasilkan seorang doktor. Pengorbanan yang besar untuk menghasilkan seorang doktor. Tugasan fardhu kifayah yang besar di bahu seorang doktor. Semuanya besar belaka apabila namanya doktor.
Tetapi jika isteri anda berpendapat lebih baik berhenti kerja dan menjadi suri rumah, berilah sokongan kepada apa yang beliau yakini terbaik kerana itu akan membantu beliau membuat keputusan dengan baik, dan seterusnya keputusan yang dibuat menjadikan beliau seorang yang lebih baik. Anda dan anak-anak juga akan menikmatinya.
Apa sahaja pilihan, sentiasa win some lose some. Berbijaksanalah kita dalam mengendalikannya.
Usaha kecil kami untuk memberikan sokongan moral kepada para suami doktor. Sertai KELAB SUAMI DOKTOR
6. MERANCANG KELUARGA
Perkara ini juga subjektif. Terpulang kepada perancangan masing-masing.
Cuma, semasa isteri anda mengikuti program Sarjana Klinikal untuk menjadi doktor pakar, beliau berstatus pelajar, walaupun hakikatnya bekerja. Maka sebagai pelajar, tiada cuti bersalin. Sama ada beliau menangguhkan pengajiannya satu semester kerana bersalin, atau menghimpun cuti tahunan sebanyak dua minggu, sebagai tempoh yang terbaik mampu dimiliki oleh seorang wanita bersalin yang merupakan seorang doktor.
Maka, rancanglah ia dengan baik.
Berkomunikasi.
7. PEMBANTU RUMAH
Mempunyai pembantu rumah bukan suatu kemewahan.
Jika anda beristerikan seorang doktor, ia berkemungkinan besar menjadi satu keperluan yang mendesak. Bukan soal doktor sibuk tidak boleh mengendalikan rumahtangganya sendiri. Tetapi isu yang lebih besar adalah soal sensitiviti masa. Amat sukar untuk dipastikan di rumah itu ada seseorang untuk anak anda boleh berada di rumah tanpa anda mahu pun Puan Doktor.
Urusan pass over anak-anak memang sangat mencabar.
Namun hal ini masih kekal subjektif, sentiasa ada alternatif lain yang boleh diterokai. Namun jangan bebankan ibu bapa di kampung tanpa kerelaan mereka dan uruskan sendiri hal rumahtangga anda.
Berbincanglah.
HAL-HAL SAMPINGAN
Doktor mungkin balik ke rumah membawa bakteria, batuk-batuk, conjunctivitis, bronchiolitis dan sakit-sakit berjangkit yang lain dengan kadar kebarangkalian yang tinggi sedikit berbanding kerjaya-kerjaya yang lain. Doktor itu juga mungkin akan terlebih risaukan kesihatan keluarganya, atau terlebih selamba terhadap kesihatan keluarganya. Anda beristerikan doktor, sedangkan anak anda mungkin (saya katakan, mungkin) berazam untuk tidak menjadi doktor. Anda rindukan pengalaman ke klinik kerana selepas berkahwin mungkin amat jarang anda akan ke klinik untuk mendapatkan ubat.
Semua hal ini, remeh temeh, tetapi jika anda seorang yang kreatif, ia boleh menjadi perencah yang menceriakan rumahtangga!
Batuk sama-sama.
Selsema sama-sama.
Mata merah ramai-ramai.
Macam orang lain juga.
Tetapi boleh bermain hospital-hospital di rumah dengan anak-anak!

KESIMPULAN
Mahu hebat,  mesti berani mendepani risiko. Tidak boleh berjiwa pesakit lagi berpenyakit.
Berkahwin dengan doktor, sangat besar khasiatnya untuk seorang lelaki hebat yang bersemangat nak masuk SYURGA ALLAH.
Nak tak?

Sumber daripada,
HASRIZAL
43000 BSP
Presiden Lantikan Sendiri Kelab Suami Doktor!