Entah mengapa gelisah di hati semakin terasa. Kekosongan jiwa ku masih bergolak. Mencintai dan di mengerti semakin terasa tetapi jiwaku seakan makin berdarah. Dalam diam aku menangisi nasib diri dan aku mahu menghilang. Aku merasa seperti mahu pergi jauh dari segala kekusutan dan masalah dari hari ke hari. Aku masih tidak mampu mengenali diri sendiri malah tiada siapa benar-benar mengerti diri ini. Aku kian gelisah dan kosong.
Rindu mendambakan kasih sayang yang sejati masih ku tunggu dan aku seakan bersedia menerima hakikat bahawa diriku akan kekal dikhianati waktu dan pilu. Sungguh terlalu banyak waktu dan tangis yang telah ku gugurkan sepanjang zaman remaja dan kini dewasa. Tidak pernah merasa erti kebahagiaan yang sepenuhnya melainkan hanya bersyukur menerima rezeki dari Allah swt atas kurnianya kepada ku dari hal keluarga dan kejayaan.
Mahu apa untuk ku curahkan rasa kasih dan sayang ini sehalalnya dan kepada siapakah dia? Adakah dia sejujurnya akan merima segala kekurangan diri ini walaupun banyak cacat cela mungkin kurasa diri ini keji. Aku semakin takut untuk dilanda ombak khianat cinta. Aku takut tangisi semua ini hati aku makin merayu untuk dirawat. Tidak sepenuhnya luka di hati sembuh malah kurasa kian berdarah. Apa kan daya cinta tidak boleh di paksa malah sakit itu anugerah daripada Allah swt kerana aku insah terpilih yang masih terluka.
\
Aku coretkan rasa hati di sini yang menambah sepi di hati yang belum di ubati. Aku berdoa agar ada jodohku dan ku mananti. Hakikatnya setia tidak mudah dijual beli. Setiaku di sini menanti walaupun tersakiti dalam diam aku menggigit tangkai hati yang kering . Apakah semua ini ujian dari-Nya yang sesungguhnya menguji kesabaran diri ini yang kian di mamah waktu usia. Mengapa setiap kebahagiaan diberi-Nya perampas cinta yang menculik si jantung hati? Malah siapa aku dihatinya?
Aku seperti makin menghilang malah aku seperti mahu menghilang. Sungguh ujian-Nya sudah aku terbeban dan tidak tertahan. Aku kian penat dan lelahku tiba di hujung hembusan nafas singkat dan panjang . Rasa kasih ini ku limpahkan malah aku curahkan buat kali terakhirnya dan aku berjanji inilah peluang terakhir ku berikan kepada hati. Aku mengimpikan kasih yang dimengerti ikhlasnya mendambakan hadirnya aku dalam tiap jerih harinya walaupun dibeban waktu yang terkadang. Aku bersyukur terhadap hadirnya malah aku redha atas segala ujian. Cuma adakah kasihnya kepadaku seluas kasihku kepadanya atau adakah benar dirinya mahukan diriku dan menanti ?
Ya allah tabahkan hatiku, aku merindu tiap detik dan tiap saat tulang rusukku. Hadirkanlah dia di dalam hidupku kerana hatiku terlalu rindu dan aku menanti siapakah dia? But definitely I love him inshaallah.
Aku pasrah dan aku redha....
Friday, May 31, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment