CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Monday, May 27, 2013

benar orang kata

Tidak cantik, tak akan dipandang
Tidak GEBU orang tak sayang
Tidak pandai orang maki

Benar orang kata....

Dia bodoh macam keldai
Dia hodoh ada hati nak berlaki
Dia tak cantik menjijikkan
Dia kurus tak menyelerakan

Benar orang kata....

Sepi itu satu penyeksaan
Sepi itu satu pengorbanan
Sepi itu satu penyesalan
Sepi itu seorang kawan

Benar orang kata....

Kau jangan bodoh, pergi
Kau pergi jangan kembali
Kau teruskan angkat kaki
Kau berani BAWA DIRI

Benar orang kata....

Sabar itu separuh dari iman
Sabar itu sepenuh iman
Sabar itu sangat memeritkan
Sabar itu penuh pengertian

Benar orang kata....

Carilah DIA yang setia
Carilah DIA yang bersedia
Carilah DIA yang terima
Carilah DIA yang biasa------

DIA yang biasa dilukai
DIA yang faham terluka
DIA yang pernah menyintai
DIA yang pernah meratapi
DIA yang tahu erti SEPI
DIA yang selalu rindu dan sendiri

YA DIA..DIA yang perlu kau cari
YA hanya ALLAH akan beri
YA hanya ALLAH akan beri

Benar orang kata....

Ada orang dapat betis nak peha
Ada orang tak cukup memuja
Ada orang miang tak terkata
Ada orang sedih bagai nak gila
Ada orang sesal tak terhingga
Ada orang FAHAM BILA DAH TIADA




memang benar orang kata, hargai sebelum tiada, bila tiada kau memuja,kau hina,kau menggila mencari yang lebih buat kau BANGGA, kau mencari yang lebih cantik---handsome, yang kau nak...tapi bila dah tiada kau GILA...ya itu hanya allah yang tahu ....


MEMANG BENAR ORANG KATA




kelibat

Bayangan itu terus menghantui sehingga kini tidak pernah lupa
Wajah dan senyuman itu penuh racun yang membunuh
Walau tujuh lautan jiwa ku di rendam takkan hilang noda hitam yang melekat
Sungguh penyesalan tidak bersisa , sesal yang sangat diburui kekutukan
Rasa keji menjadi selibung seakan badi yang mengekori
Punah impian yang hampir dilupakan tetapi terus digagahi
Cermin itu, retak seribu pecah dikemudian tak bisa dicantum
Hati remuk ditendang ditikam senjata selingkur
Tersedar si bodoh dalam mimpi si luncainya
Akhirnya dia akur, pengorbanan itu sia-sia malah tersisa
Benci wajah itu, benci suaranya malah benci namanya
Bahwa dia hanya kelibat hitam dalam memori silam
Dia si bodoh yang terbenam dalam memori hitam
Kini mulakan hidup baru berdoa agar tidak bodoh lagi seperti dahulu




buat ex yang kau-tahu-maksud-aku (macam harry potter pulak)

Sunday, May 26, 2013

Diri

Dalam kehidupan kita perlu tahu apa yang kita nak...
Kena sabar dalam cuba mencari diri
Tak semua yang MEMAHAMI kehendak hati
Sedih bersendirian itu sudah pasti dan terbiasa
Mengimbau mimpi dan impian
Aku kena tabah untuk menjadi DIRI INI
Hanya yang benar-benar memahami akan mengerti rasa tersirat di hati
Tak mengapa ada orang benci, ada yang menyukai
Lambat atau cepat DIA akan datang ke hidupmu
Sepi sudah sebati dari dahulu lagi
Tak mengapa DIA akan datang ke hidupmu

Terus cekal menjadi DIRIMU
Terus berusaha dan berjaya
Ada yang layak
Ada yang setia menunggu mungkin
Tak mengapa terus bergerak sayang
Jangan menoleh terlalu kerap, fikir asal usulmu dan fikir APA KAU MAHU
Sabar kejayaan tidak datang TANPA PENGORBANAN ...mungkin
Sepimu itu adalah pengorbanan kejayaan mu
Tak mengapa DIA AKAN DATANG
Terus bergerak dan cuba kuatkan semangat dan terus bergerak
Tak mengapa DIA AKAN DATANG
Yang sebenar-benarnya SETIA dan layak untuk kau PILIH......



SIAPA itu janji dan rahsia ALLAHku ....sabar wahai sayang


Usahalah mencari diri,ilmu,dan agama inshaallah ada kebahagiaan di sebalik kedukaan.

lagu inilah yang menjadi minatku dari kecil lagi...rahsia kepada siapa yang mengetahuinya



Saturday, May 25, 2013

Tak mengapa

Entri kali ini aku nak berceloteh pasal bagaimana nak menghindarkan diri dari menunggu. barangkali kita sebagai perempuan selalunya akan menunggu orang yang kita suka untuk selalu contact atau message tapi kita perlu belajar untuk melupakan seketika. kita perlu belajar melepaskan jikalau dia untuk kita pasti allah akan pertemukan kembali. jikalau dia ingat dia akan message dan akan ingat tapi tak tahulah jikalau ingat bila sunyi sahaja....mintak dijauhkan perasaan sebegitu. ya perempuan memang selalu menunggu, mereka sanggup menunggu orang disayangi untuk rajin bertanyakan khabar mereka. tetpai pabila mereka dapat melihat atau merasai sesuatu pelik atau kecurangan berlaku, mereka sejujurnya akan mula tarik diri walaupun susah tetapi akan perlahan lahan pergi..itu sudah pasti mungkin hanya masa yang menentukan bila. barangkali lelaki pun ada begini tetapi mungkin segelintir. rasa sayang masih ada tetapi akan mula beringat dan berjaga...tidak mahu bodoh tuli .

bagi aku, jikalau aku mahu sibukkan diri untuk melupakan seketika perasaan menunggu itu, aku akan buat segala perkara ini:

a) cuba untuk mencantikkan diri  be beautiful with BRAINS

b) pergi berjalan-jalan di tempat yang kita suka dan ambil angin

c) cuba berfikir the worthy of our selves...tak berbaloi nak selalu tangisi...ingat kita mesti kuat

d) tidak semua benda kita dapat puaskan hati orang, penting kita puaskan hati dengan enjoy what you want to be 

e) pergi makan dan makan then, gym,swimming ker....tak pot main game...lupakan kesedihan

f) allah maha adil !!! jilakau dia setia baguslah, jilakau tidak just think he/she not worth it for you suatu hari allah akan bagi petunjuk dan bersedia untuk angkat kaki teruskan kehidupan dan ingat pengajaran pasti allah akan beri kepada dia.....PADAN MUKA

g) ingat lah jodoh itu ada tetapi mungkin lambat atau cepat cuba berdoa dan redha pasti allah akan
memberikan sesuatu yang indah buat kita.....jikalau kita setiia kepadanya allah akan bagi yang setimpal.. (USAH TAKUT ALLAH ADIL)

g) kita tahu siapa kita, kita tahu ke mana dan apa hala tuju kita, jadikan itu sebagai pemangkin yang buat kita boleh bangga kepada diri kita dan cuba untuk berjaya dan berjaya lagi....orang tak nak tak apa ada yang lebih layak..


kepada semua, ingat janji allah itu pasti jangan risau dia akan memberikan yang terbaik buat kita janji kita berusaha.... DAN SABAR teruskan setia tapi biar berpada tahapnya ya..sekian





xoxo

Friday, May 24, 2013

analisa

menganalisa atau scan diri...
fuh barangkali itu satu kepayahan sebab banyak nak update
baru lah kali ini aku dapat update blog aku sebab ada masalah sikit
bulan mei baru satu entri yang aku dapat buat ??? fuh PEMALAS NAUZUBILLAH

bermula sesi pertemuan bersama buku seawal jun barangkali
bermula HELL hehe tapi seronok ber HOI HOI dengan rakan taulan di tempat biasa
fatamorgana ....
tiba tiba keluar statement itu...gila ke apa?
nanti aku sambung lagi...
semakin ketandusan idea untuk menaip lagi..
barangkali otakku sendat dengan perkara yang tidak penting..hoho...

XOXO

Sunday, April 28, 2013

berdiam

aku perlukan ketenangan...
hati ini sakit
malas nak guna telefon...fb..dan seangkatan dengannya
tidak guna semua bohong belaka...

Thursday, April 25, 2013

be true

benarkah
dan ya ini pilihanku
jangan di goda prinsip dan pilihanku
ya aku memilih ini
kerana minatku
kerana kasihku
kerana MEREKA
kerana DIA