Kusedar jalan yang kulalui benar-benar jauh dan berliku. Sungguh bukan kepalang sakit yang ditanggung kerana kesilapan yang sebelum ini yang pernah kulakukan. kulihat ramai rakan-rakanku yang jauh lebih berjaya daripadaku dan mereka semua mencapai kejayaan dalam waktu yang singkat daripadaku. Akan tetapi aku tetap cuba dan bangun kembali dari segala kepayahan ayang aku tanggung. waktu ini aku menghabiskan degree dalam bidang Biomedic. Terasa sangat sedikit ilmu yang aku pelajari jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang rakan dan taulan lain ada. Waktu melakukan research sahaja aku merasakan aku banyak ketinggalan dan aku banyak melakukan kesilapan Buat benda itu tak jadi buat benda ini tak jadi. Tetapi Allah sajhaja yang mengetahui beban yag aku tanggung. Istiqamah atau tidak aku terhadap solat dan doaku. DIA ingin mengujiku. sungguh penat untuk aku menaakul segala ilmu yang kian sukar pabila kita berada di tahap yang makin tinggi dan mencabar.
Semalam hanya tinggal kenangan. Aku tidak mahu hidup dalam angan-angan sahaja. Aku ingin membuktikan yang bahawa aku berani dan boleh berjaya dengan segala kebahagiaan yang Allah akan berikan suatu hari nanti bersama keluargaku.
Thursday, January 19, 2012
belajar memahami apa yang sudah tersirat dan ketentuan
Sunday, January 15, 2012
alhamdulillah segalanya
wah coretan hari ini semakin mendatangkan perasaan yang penuh dengan semangat. Seperti ada suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila aku sudah mula matang dalam membuat keputusan. Aku mula merasai siapakan aku tetapi aku sering kali mudah menunjukkan rasa hampa depan semua orang! Macam mana nak menjadi seorang pensyarah !!! sebenarnya sebelum ini aku memasang niat untuk menjadi seorang doktor kerana dengan kelayakan ayang aku ada aku mampu meneruskan pengajian degree yang kedua dalam bidang perubatan . Yelah degree pertamaku adalah dalam bidang biomedikal sains memang sudah menjurus kearah kajian dan perubatan. Akan tetapi kuimbas kembali cita-cita awal daku dahulu sewaktu kecil, aku ingin menjadi seorang pendidik. Aku lihat semua coretan sewaktu kecil, nak menjadi pensyarah dan doktor falsafah (phD) . Sudah terang lagi bersuluh aku sudah hampir melupakan niat tersebut. Kemudian, aku memikirkan pula kehidupan aku sesudah berkahwin, aku ingin meluangkan masa dengan anak-anak, suami yang tercinta dan bertemu keluarga dengan muda. pabila menjadi doktor, semestinya jadual harianku sangat ketat. Lihat sahajalah ibuku yang bertugas sebagai seorang jururawat sungguh penat dengan kerja yang tinggi risiko. Salah cucuk mati orang!!!!. Lumrah orang berfikir menantu aku bakal doktor. Doktor ada dua jenis mak cik phD atau MBBS . Dalam hatiku berkata, saya tak jadilah nak ambil doktor perubatan saya nak jadi pendidik yang berjaya melahirkan anak bangsa supaya berinspirasi.
Macam mana nak bagi tahu ibu dan ayah ni yang saya tak nak jadi doktor perubatan tapi mahu jadi doktor falsafah dalam bidang kajian perubatan??? Dilemma betul tapi tabahkan hati saya tahu saya boleh.
Macam mana nak bagi tahu ibu dan ayah ni yang saya tak nak jadi doktor perubatan tapi mahu jadi doktor falsafah dalam bidang kajian perubatan??? Dilemma betul tapi tabahkan hati saya tahu saya boleh.
Tuesday, August 9, 2011
cerita aku
hari ni macam biasalah sibuk dengan research proposal dan daftar wi-fi dekat msu ni..actually ader jer internet but i malas nak bawa pergi msu sebab takut kalau-kalau terhilanglah kan. haish tension memikirkan research proposal ni kemuadian ada lah pulak presentation yang akan menyusahkan selepas ni. tak perlah inilah peluang kita mencari ilmu kalau pemalas dekat kampong lah engkau !!!!! (jangan salah anggap yer orang kampong ada je yang berjaya tapi i tak mahu duduk di kampong sahaja kiranya nak berhijrah lah ) .
sungguh lah i ni banyak buang masa tapi lama kelamaan dah jadi terbiasa kalau nak buat apa-apa nak cepat lepas tu kurang suka nak melepak suka-suka dekat luar. alhamdulillah ada perubahan disitu yer farehah. tadi di msu i adalah berborak dengan student mbbs bercerita pasal kos yang dia ambil di msu ni ok ker ataupun tidak. selalunya 'newbies' atau orang baru yang masuk msu ni sume mengutuk tapi setelah aku belajar di sini (msu) lama kelamaan boleh nak dikatakan msu ni boleh maju lagi. tunggu sahajalah bila msu ni dah meningkat naik dan semua bangunan yang belum siap disiapkan-mesti ok punya kalau study sini.

Friday, February 4, 2011
tak seindah
saban hari aku menghitung waktu untuk mencapai segala yang aku impikan. memang perit apabila melihat ramai taulan yang sedang hampir mencapai cita-cita mereka. aku menjadi kalut. terasa penat dan bosan dengan kerenah hari-hariku yang kian hambar dan hati yang semakin menebal dengan sepi. tak terbendung perasaan ini. tetapi apakan daya kekesalan sudah tidak dapat bersisa kembali. semangat ! oh di manakah dikau wahai semangat? mengapa diriku kian menyepi dan terasa semakin hambar dalam riuh-rendah kehidupan manusia kini. aku tahu siapa kau tetapi dalam mengecapi siapa aku aku menjadi kian letih dan semakin hampa dengan segala kerenah manusia yang penuh dengan bermacam cerita seperti penindasan, bodek-membodek, dan sebagainya. aku kian tertekan. BENCI...SUNGGUH AKU MEMBENCI...aku kian tenggelam dalam diriku yang semakin hilang semangat. tidak seperti tingkatan 6 dulu. aku aktif, aku hebat-terasa diri ini hebat di mata guru dan pelajar malah terasa diri ini sangat berguna dan berharga. tetapi kini? hampa!. saat aku di ambang kepiluan dan sewaktu daku di ambang kekecewaan semuanya datang memberi harapan konon, tetapi saat mereka senang waktu aku kian susah dan semakin meratapi kesedihan hati yang sangat bersisa ini tiada sesiapa yang mahu datang betul-betul megubati...sungguh mereka datang hanya mahu menumpang! seperti umang-umang.
aku selalu bersedih bersendirian. mengenangkan nasib yang kian kaburr dan menghitung hari-hariku yang kian hambar. adakah nasibku akan seperti ini? pabila aku kian tua? pulak selepas itu mendapat suami yang pentingkan sangat dengan keluarga dia sahaja dan tidak mahu berlaku adil dengan keluargaku? sungguh ya ALLAH kau jauhkanlah aku daripada lelaki seperti itu....AKU TIDAK RELA...
hati memang merintih. merintih dan menangisi setiap waktu yang berlalu seakan tiada pengisian yang berguna. manfaat pon sekadar ke arah duniawi..ukhrawwiku? bagaimana kesudahannya? melihat kasihan terhadap kedua ibu-bapaku tetapi mereka pon bergaduh dan seakan fed-up dengan pasangan masing-masing. kasihan mereka..adakah aku akan senasib dengan mereka? ditambah pula dengan abang yang cacat aku tiada tempat untuk betul-betul bermanja. habis tu kan kau bermanja dengan teman hati kau tu? hei itu tidak membawa makna yang besar kerana dia belum tentu jodohmu dan belum tentu dia suamimu di dunia dan di akhirat kelak? maknanya aku perlulah selalu berdoa kehadrat illahi supaya dipanjangkan jodoh dan semoga aku tak tersalah pilih calon!!!!!

Thursday, November 11, 2010
harapan menggunung
hati ni bercita-cita hendak menjadi seorang manusia yang berjaya kelak...
seriuslah engkau agak depresi dan selalu mood swing ni boleh jer selalu bertukar tukar rasa nak jadi apa??? iya ker?
Sebenarnya jauh di satu sudut di hati ini aku inginkan kejayaan yang sempurna dan hakiki. tiada seorang pun yang sempurna? apalah engkau ni Farehah ! Hey aku maksudkan 'sempurna' itu bukan sempurna yang cukup segala sifat kejayaan yang dikecapi terhadap diri. Sebenarnya memadai jikalau aku selalu dapat anugerah dekan dan selalu gembira dengan diri aku ini dan juga terhadap segala kebahagiaan yang bakal tiba. Sebenarnya aku sangat bersyukur jika aku mampu mendapat dekan setiap semester tapi apakan daya selalu jer sikit lagi nak dapat. Maklumlah ambil kos medikal memanglah sengit cabarannya tambahan pula bercampur belajar bersama ramai 'pelajar pintar'.
Terkadang selalu sahaja rasa seronok sewaktu mahu mula belajar di awal semester, kemudian semangat itu luruh akibat kurangnya istiqamah dan kemalasan yang kian meruncing . Ha ! ini semua tabiat negatif yang harus disingkirkan jauh-jauh dari jiwa dan raga kalau mahu menjadi seorang DOKTOR. Sebenrnya, aku ini ambil dua ijzah ataupun dalam bahasa inggerisnya 'double degree' . Jadi, lambatlah masa untuk aku habis belajar. Kiranya kawan aku kalau dah kahwin boleh dapat 1 atau 2 anaklah baru aku nak selesai belajar . Yelah sekarang tahun 2010 umur aku sudah 21 maknanya dalam umur aku 27 baru habis kedua-dua ijazah tersebut. Malah tak termasuk 'housemanship' lagi !!!!! wahhh tua bangka da aku !!!! Mak !!!!! bila nak Kahwin nih...heheh
Eh ! Jauh pulak menyimpang dari topik perbualan asal. Sebenarnya aku tahu aku boleh berjaya tetapi aku dapat merasakan bahawa aku perlulah banyak berkorban masa dan segala yang aku suka dan ketepikan benda-benda yang aku terlalu sukakan itu ...Boleh kah ? Sebagai contoh, kurangkan banyak tidur, berangan nak jadi kaya cepat dan macam-macam, pemalas nak mengadap buku tu jauh-jauh. Senang cerita kene rajinlah nak berusaha dan sanggup bercekang mata belajar dan meraih A+ yang banyak dan berderet-deret.
bersambung...
Sunday, August 29, 2010
macam blur
hari ini seakan aku macam blur sebab lama tak bersiar-siar bersama dengan yang tersayang keluarga dan dia. rindu sangat nak dapat tunggu luangkan masa-memang asyik leka menghitung hari jer ni. tadi dapat jugak pergi ke bazar ramadhan dengan abang. dapat juga aku dan dia masaing-masing beli makanan yang dah lama kempunan nak makan...lagi-lagi dia duduk dekat kem makanan semua tak menyelerakan. hurm tiba-tiba aku rasa sedikit berinspirasi. mana taknyer melihat keluarga orang dapat anak-anak yang cerdik pandai dan berjaya, ada jadi doktor, ada jadi jurutera...seronoknya melihat mereka. aku nak jadi doktor dan aku tahu aku boleh jadi aku hari cekat berusaha dari sekarang. alah lupakan jerlah orang dan mereka-mereka yang sentiasa menggugat kita. kadang-kadang kita lebih baik berdiam diri daripada bercampur dengan orang yang sentiasa iri hati dengan kejayaan orang lain kan ibarat pepatah 'diam-diam ubi berisi' insyaallah.
hai.. bilalah nak cuti dengan abang lagi ni..dengan ibu dan ayah dengan keluarga. adik aku tu tak boleh harap langsung. tak bestlah dengan dia sebab dia tu macam tak matang lagi pemikiran asyik fikir nak enjoy semata dan tak fikir dengan telilti dan masak-masak tentang pelajaran.
TO BE CONTINUED......

Monday, August 23, 2010
hari ini
Alhamdulillah. lega rasanya apabila waktu menyelesaikan majlis berbuka puasa itu semakin dekat. cuma yang paling merisaukan aku adalah dengan banyak kene fikir tentang berapa ramai orang yang akan datang dan kos yang perlu ditanggung itu adakah cukup dan berkesempatan. harap-harap dato' tidak datanglah sebab banyak kerja nanti protokol termasuklah aku ....wallahua'alam kita tengok sahajalah nanti. seusai aku memikirkan dan sibuk mengira-ngira segala pengiraan tentang bajet majlis aku menjadi keletihan dan tertidur. tiba-tiba pensyarahku cik Halijah telah menelefon dan memberitahu tentang pertambahan ahli yang akan terlibat dalam majlis. alangkah leganya aku kerana dapat selesaikan masalah ini.insyaallah akan ader rezeki dimana-mana sahaja dengan keizinan Allah swt.
Setelah itu, aku mendapat panggilan telefon daripada kekasih hatiku. dengan gembiraya aku berkata dan aku sudah pun selesai membeli nasi kerabu kegemaranku. yelah aku telah selesai membelinya sewaktu aku pulang dari university bersama rakan-rakanku. seronoknya hari itu kerana kami banyak bergelak ketawa dan sebagainya. tak berhenti bercakap. hehehe semalam aku selalu sedih dan sebagainya. aku selalu murung dan aku terasa segala beban yang ditanggung seakan sudah tidak tertanggung lagi. tapi begitulah hakikat hidup sebab ada yang sedih dan ada yag gembira. haih, penat memikirkan tentang diriku yang selalu emosi. kadang kala orang tersayang di sekeliling sudah habis akal untuk memikirkan sikap aku yang sangat tidak terjangka. maklumlah perempuan ada pasang surutnya dalam tiap-tiap bulan. sudah menjadi satu kelaziman. aku mesti berubah menjadi seorang yang gembira. itu adalah erti bagi namaku sendiuri. cahaya kegembiraan yang sebenar insyaallah ada reezeki bagi diri kami dan diriku suatu hari nanti asalkan ada sahaja keazaman yang akan senantiasa di tunjukkan untuk kejayaan yang hakiki.
Rindunya dekat maka ayah dan along. kasihan mengenangkan ibu yang selalu berbuaka keseorangan di rumah. ayah pula selalu sibuk tetapi aku berharap suatu hari nanti waktu cuti aku bertekad untuk membantu inu di rumah dan selalu menemani keluarga yang tercinta. aku harus menganggap bahwa hari hari ku adalah yang terakhir kerana saat-saat yang dilalui akan menjadi sebuah sejarah dan bukan lagi suatu kisah ayang akan terjadi selalu atau acapkali. seronoknya kalau dapat balik rumah awal ! memang rasa mahu pulang awal harap-harap dapat beraya dengan gembira tahun ini dan dapat sabut ddengan meriah dengan keluaar pun cukup lah kan. insyaallah nak beli baju raya dengan yang tersayang insyaallah kalau diizinkan illahi dapatlah kami membeli barang keperluan dan persiapan di hari lebaran dan meluangkan masa bersama-sama.saya rinukan ayah dan ibu. merekalah segalanya bagi hidupku. adik sentiasa di sini dan aku selalu juga bertemu dengannya. alhamdulillah keluarga daku sudah besar-besar semuanya dan ya Allah bimbinglah daku dengan cahaya nurmu dengan ahli keluarga yang mengasihi dan suami yang beriman yang sedia membimbimg daku dunia dan akhirat kelak.

Subscribe to:
Posts (Atom)