Semalam bersamangat attend kelas kardiovaskular...sangat seronok dan aku semakin mencintai medikal. Ijazah biomedikal sebelum ini banyak mengajar aku tentang penyelidikan dan sungguh aku bertuah kerana dapat mendalami dua ilmu sepanjang belajar (penyelidikan dan medikal). Jadi, yang menjadi masalah adalah waktu yang terkekang, waktu yang menjadikan aku rindu untuk membantu keluarga, tetapi kerana pinta kedua ibu bapa aku teruskan usaha ini walaupun perit. Cita-cita aku utamakan. Tidak semuanya mudah katanya "tiada benda yang senang dalam dunia ni melainkan tadika" tergelak ...tapi itulah kenyataan. Aku bersyukur terhadap segala nikmat mu yang tidak terperi walaupun sedikit tetapi adalah mencukupi. Aku redha dengan ketentuanmu kerana kau sedang mencaturkan kehidupan ku ini dan aku tahu kejayaan akan menanti di masa hadapan. Amin.
Thursday, March 7, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment