CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Saturday, January 18, 2014

random weh random

Assalamualaikum,

Lama sudah tidakku tulis segala coretan di blog ini. Masa sungguh mencemburui dan aku kian malas. Hahaha persis satu pembohongan sebab aku selalu juga ada masa untuk menulis tapi aku kian tiada idea. Sedar tak sedar masa berlalu kian pantas dahulunya aku yang berteman kini aku single. Terasa waktuku berlalu sungguh laju dek kerana aku selalu sibuk dengan mehnah pelajaran dan kerja. Sudah tiba masanya aku fokus dengan lebih gigih atas kehendak asalku. 

Aku berada di kampung sekarang yerlah kerana cuti Thaipusam. Entah mengapa aku rasa pelik, sedikit keliru, buntu dan semacam sangat stress mungkin kerana kerja yang banyak dan aku juga memikirkan hal bizness. Kemudian, aku merasa seakan aku akan pergi jauh dari keluarga barangkali aku akan merantau lebih jauh. Yerlah aku bercita-cita untuk buat "Houseman" di tempat orang-jauh pemandangan luas pandangan. Memandangkan aku single jadi aku boleh decide apa aku nak tak perlu nak fikir kahwin atau apa pun sekarang ni. Minda aku betul-betul bebas sekarang, tanpa ikatan aku lebih tenang dan tidak macam dahulu selalu menangis cuma kadang kala aku akan terkenang dan ada juga sedih. Memori itu kekal dalam ingatan walaupun aku sudah tiada bersamanya. Kini, tinggal kenangan dan juga parut luka. Cewahhh.....

Banyak benda harus aku fikir, hidup ini bukan mahu bercerita soal cinta sahaja, mak aih bosan teramat lah kalau macam tu macam dah tak ada bahan lain nak cerita. Bila aku fikirkan sewaktu aku "kononnya" hangat bercinta, dunia seakan indah, segala nampak cantik, seolah-olah dunia ini tiap hari menanti mesej dia, tunggu call dia, ulang alik jumpa dia, sedangkan belum tentu dia itu jodoh total akan dikahwini...jadi sudah buang masa di situ ya rakan. Fuh buang duit, padahal dia bermadah helah dengan entah apa-apa punya perempuan memang tak bersyukur...tidak mengapa sebab diri ini kerdil hanya Allah mampu nilai setiap kesalahan kita ye tak ek...haha mak nenek !!!

Sekarang aku duk fikir, apa harus ku lakukan sebab aku akan pindah rumah, sibuk study nak professional exam dan akan clinical dengan banyak basic kena ingat (Terbayang Anatomy dan Physiology) berhantu otak beb !!! Jadi ada lagi banyak benda penting dalam hidup selain daripada bercinta dengan orang yang salah. (Eh wat aku bercerita kemain tiba-tiba dia jadi laki /suami aku betul-betul) masak kau....kutuk bakal jodoh sendiri wallahualam manalah tahu. Tapi aku redha sebab walau ke mana pergi sekalipun kalau ditakdirkan untuk kita ada adalah kalau bukan kau jagalah sebaik mungkin memang ke paritlah jawabnya. Maaf terkasar di sini haha. Tapi aku rasa itu satu perkara yang mustahil sebab aku leh rasa kot ... Dia akan memilih yang lain. Teruskanlah kehidupan kamu FAREHAH. Dan setakat ini aku tak terbuka hati lagi untuk bercinta dan aku fokus pada kerjaya dan pelajaran. Mungkin aku belum lagi bertemu jodoh aku....belum sekarang atau bukan sekarang kerana tanggungjawab aku terhadap keluarga belum selesai. Semoga berbahagiala yer untuk kalian sebab aku dah berusaha dengan kamu wahai lelaki tetapi kamu tidak menghargai jadi aku angkat kaki....aku dah usaha, penat dah . 



JADI DOKTOR, BUAT BIZ SIKIT-SIKIT, JADI SPECIALIST KALAU TELARAT, KAHWIN DENGAN LELAKI PILIHAN-belum jumpa, JADI BERJAYA, ADA ANAK, UNTUK AGAMA, KELUARGA, DAN SEGALANYA...tatata

Wednesday, December 18, 2013

terima kasih

berertii segalanya sudah menjadi satu kepastian bagiku.
segala yang kurasakan semuanya benar
kerana tak tahan didesak kononnya membuatkan dirinya rimas
tetapi rimas lagi diriku yang melihat setiap kecurangannya...tetapi aku bertahan
semakin terluka setelah dia pernah mengetahui lukaku tidak pernah sembuh
tergamak dirinya melampias nafsu bersama teman baru,
membiarkan aku bersusah, menunggu panggilan rindu,
tetapi aku ditipu...katanya "brother b call syg..."
selama sebulan ku lihat rupanya ini balasan nya

aku mengambil jalan berundur diri, penat sudah segala pengorbanan
aku halalkan dan maaf diri ini telah pergi
berbahagialah dengan pilihan hatimu
tak perlu kembali lagi andai nafsu,tidak memahami diriku akan diulangi
kau tidak akan melihatku lagi...ya aku wanita biasa
ramai wanita yang ingin mendampingimu..ya dia yang kau pilih
aku lepaskan mu ..maaf aku terpaksa pergi ..
FAHIZUL SELAMAT TINGGAL

hatiku hanya untuk yang benar-benar serius menyintai, walau dalam keburukanku,walau dirinya didesak, walau dirinya dicemburui dia tetap di sini ....andai kerana itu tidak mampu..maaf too bad you are not ment for me....

sekali lagi



SELAMAT TINGGAL ...



http://razzirahman.com/blog/bagaimanakah-cara-melupakan-bekas-kekasih/

Monday, October 28, 2013

because it was you...yes it was you

I TRY TO STAY AS LONG AS IT TAKES

I know my heart is breaking to pieces but I am trying to keep those pieces again and again because I still keep the memories together. It so hurts me, why are love so cruel when I AM IN NEED???


Saturday, October 26, 2013

Terima kasih

Lama sudah aku tidak update blog. Aku memberi waktu untuk diri berehat dari segala celaru. Fokus kepada study sememangnya hati ini resah melihat dan merasai sesuatu yang tidak terlihat. Hanya Allah mengetahui rahsia di hatiku ini hanya yang benar-benar layak akan memahami hati ini aku tunggu siapakah dia ?

Tiba-tiba terjengah lagu ini di benak minda...

Walaupun tasik kekeringan
Tak mungkin teratai kan tumbuh di darat
Begitulah takdirnya cintaku di ibarat
Tak akan berubah perasaanku terhadap dia
Mengapa dia yang ku cinta
Sedangkan ku tahu sikapnya begitu
Dia pandai berpura dan pandai bermain kata
Setahun bersama bak seribu tahun tersiksa
Aku tidak sudi melihat dia lagi
Walau dalam mimpi pun tidak ku ingini
Aku rela menjadi teratai yang layu
Daripada mekar di dalamnya tasik madu
Biarkanlah ku begini
Dan tak mungkin ku kembali
Bersamamu
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hadir dirinya di antara kita
Membuai resah penekanan jiwa
Dikau berubah setelah ia tiba
Menghanyutkan cinta suci kita
Walaupun kini dikau tiada
Daku melangkah mengharunginya
Melepaskan dikau kekasih di jiwa
Semoga kau tetap berbahagia
Hati ini walaupun telah dilukai
Namun diri tabah jua menghadapi
Dikau pergi tinggalkan daku sendiri
Oh menyepi nan sebuah hati
Yang luka ini
Kasih dan sayang tetap bersemi
Ku meratapi sehingga kini
Cintai dirinya walau apa terjadi
Jangan kau hancuri cinta suci
Dengarlah sayang coretan hati
Gubahan rindu puisi shahdu
Senyuman tawamu masih ku rindu
Walau dikau telah lama pergi

p/s hanya Allah mengetahui isi hati ini. Sememangnya hati ini sudah semakin dilukai ....

Tuesday, August 27, 2013

Semoga hati ini bahagia

Mungkin kamu dan kamu tidak tahu betapa sepi tatkala hati itu menjadi kosong. Dalam gurau, manja, dan tawa seorang insan terluka dia masih mampu memberi kasih dan terima. Dalam hatinya mempunyai satu perasaan yang takut dan kering. Bagaimana mahu memberitahu kepada dunia bahawa dia sudah berhenti berharap dan hakikatnya dia masih lagi berdiri di sisi. Dia diam melihat dari jauh malah dekat segala galanya. Hatinya berdarah dalam senyum dia masih menerima. Apakah dugaan yang diberikan olehmu ya tuhanku setiap satu aku titipkan segala hikmahnya. Lelah kerana diri sendiri kian terabai dan pasti dia masih mencari diri dan cita-cita. Ya dia sudah pun mulai berhenti berharap dan sudah pun mula berhenti menangis... 

Tidak dapat digambarkan betapa hancurnya kepercayaan dan juga cinta serta kasih kepada yang dicintai. Di dalam hati berfikir adakah telah tersalah langkah? Adakah benar dia orangya dan adakah benar aku? Ya tuhan tunjukkanlah kepada diri ini segala kebenaran, segala galanya sehingga aku yakin. Aku tidak sempurna, maka kau tolonglah aku dengan memberi petunjuk. 





Tuesday, August 20, 2013

getting prepared

Zaman semakin berubah dan segala perancangan perlu dibuat dan berlandaskan kehendak Allah. Aku keliru adakah kerjaya ini akan diteruskan seumur hidup, seakan aku perlu mencari sedikir back up seawal yang mungkin. Tidak mengapa carilah ilmu sebanyak mana yang mungkin di dalam bidang ini, score sebaik mungkin dan alhamdulillah give rest to Allah. ILMU, AMAL, dan TAWAKKAL.


SATU HIGHLIGHT yang aku rasa sangat interesting daripada blog ini (tidak perlu percaya seratus peratus, tetapi berdasarkan apa yang aku lihat daripada ibu dan semua doktor lain) 
...

IN MALAYSIA NON-CLINICAL MEANS A D M I N WORK !!!, so thus, this statement memang mind blowing....so rather slogging ourself/yourself in clinical (for those yang tak berminat) they have better option to be doctor that work as admin officers like pengarah hospital . Make an example like, DR.NORAINI pengarah hospital jasin dahulu. Sekarang sudah ditukarkan ke PUTRAJAYA kerana mendapat kenaikan pangkat ker yusa or jusa salary ....hurm think our pathway and serve the best to the nation ....yes (terfikir tiba-tiba rezeki allah lebih jika kita berusaha banyak dalam perniagaan 90%) but yes it all depends on our struggle and fate of course...


TILL THEN...


the blog that make me wonder:

Tuesday, August 6, 2013

Azam

Raya bakal menjelma dan tahun 2013 semakin di penghujung waktu. Seakan aku telah makin mengenali kehendak diri ini. Apa yang aku mahukan dan apa yang aku mahu jadi. Aku nampak hikmah besar yang Allah berikan kepadaku sewaktu aku sendirian keranan dia memberikan aku waktu berfikir dengan lebih baik. Inshaallah memang aku akan teruskan perancangan tersebut dan perlahan-lahan akan kesampaian...Terima kasih Allah kau mudahkanlah. Hikmah sungguh besar bila kita Allah berikan yang lebih baik :))