Diam tidak bererti tidak tahu. Malah lebih mengerti dan lebih memahami keadaan yang terjadi. Diam-diam ubi berisi . Banyak bertolenrasi tapi biar kene tahapnya...mungkin sampai esok lusa ..tulat atau hari ini sahaja. HA..
I loike gambar atas tu...sexy bebeh hehe...hahah
Sunday, February 17, 2013
inshaallah
Semoga Allah memberikan kejayaan bagiku, kekuatan untuk mengharungi liku-liku hidup yang berduri, memberikan seribu satu ketabahan dalam badai kehidupan mendatang, dan memberikan kebahagiaan kepada semua orang yang ku sayangi.
untuk keluargaku yang tercinta,
a)terima kasih
b)anakmu sedang berjuang untuk menjadi seorang doktor
- moga semua paper anakmu lulus dan moga berjaya
c)doakan anakmu mendapat jodoh yang baik dari-Nya....
d)moga anakmu membina keluarga yang diredhai oleh-Nya
e)semoga kalian di rahmati oleh-Nya walaupun dengan segala cabaran melanda
buat orang yang bersangka buruk pada diri ini ingatlah, daku tidak rugikan apa-apa malah rezeki dari-Nya sentiasa ada dan bersangka baiklah kalian tidak rugi walau sezarah sekalipun....
buat rakan taulan ku sekalian, daku menyayangi dan menghormati..moga kalian diberkati oleh-Nya...
alhamdulillah .....
MOGA ALLAH PERMUDAHKAN PERJALANAN KAMI
Saturday, February 16, 2013
Pasti
Janji Allah itu pasti pabila kita bersedih akan diberinya sebuah kebahagiaan di hujung hari atau di suatu ketika nanti. Bersabarlah kerana dalam sabar itu tersirat suatu kemanisan untuk hati menjadi lebih tenang dan melatih diri mengawal amarah.
Sesal memanjang tidak membawa sebarang kebaikan malah memberi kita negative thinking about many things. We need to move and and be positive due to life nowadays were very tough and thus we need to be realistic. Sakit itu ada penawarnya kerana tuhan sentiasa ada bersama dengan individu yang percaya dan redha. Pabila kita redha, Allah akan memberikan sesuatu yang tidak disangka......LA TAHZAN
Ya Allah aku bersyukur di atas segala nikmat dunia mu dan kurniaan mu walau sedikit dan apatah lagi yang banyak mencurah. Moga ada sinar kebahagiaan yang akan dirimu berikan kepadaku di suatu hari nanti...aku REDHA dengan ketentuanmu...
BERSABAR dan ingatlah nikmat Allah itu nyata dan PASTI...
Friday, February 15, 2013
mana ? mana ?
Perlukan satu inspirasi yang tersangat atau maha hebat untuk terus bergerak ke arah kejayaan....
adakah
a)keluarga
b)diri sendiri
c)impian yang ingin dikecapi
d)tidak berkenaan dengan apa-apa cuma go with the flow?
katak berbunyi gendut
Ok kelas dah nak start lagi dua hari peh masuk semester 2 sudah ...wahhh memang gasak aku nak terkinja-kinja mengejar kelas lepas ni. Moga aku kuat semangat rajin ke kelas lepas ni...Fokus fokus dan latih diri tepat pada waktu .
hujan lah haih tadi aku kene cepat angkat kain yang telah di basuh. Basah lencun badan dengan air hujan tapi seronok pulak lama tak mandi hujan ni...dan tiba-tiba teringin nak pergi hiking dekat hutan atau gunung...hurm nak join jer kawan-kawan yang lain tapi tengoklah pabila ada kesempatan nanti. Mood hari ini macam roller coaster nak buat tu, sekejap macam ni sekejap macam itu..tetapi biasalah perempuan datang bulannya mungkin itulah penyebab utama ye tak ek...Mak jemah nyer perangai pon ader asek ler nak bergosip bagai cik kiah...okay okay displin sharp on time pukul 3 nak study ...tak study apa gunya bawa buku ke rumah baik humban jer.....Sedapnya bau hujan turun dan bunyi air...ya allah kau berikan aku peluang hidup sehingga kini alhamdulillah. Saya bersyukur dan menyayangi semua yang berada di sekeliling diriku..amin
bumi pun basah dek kerana hujan.....setelah kering ada lembapnya.
aku NAK NAK NAK
Ya allah moga perjalananku menjadi seorang pelajar jurusan perubatan ini terus berjaya mengorak langkah ke arah yang lebih tinggi dan mendapat keredhaan dan kebahagiaan darimu di dunia dan di akhirat. Impianku mahu berjaya dalam menjadi seorang doktor pakar suatu hari dan juga menjadi hartawan yang baik hati suka menderma. Buat business dan ada keluarga yang berjaya,memahami dan beragama walau berada di perantauan sekalipun. Moga pasanganku yang kutunggu suatu hari mampu bersama dengan diri ini di ketika susah dan senang, berjaya bersama-sama, dan sentiasa menjaga agama walaupun berda jauh dari bumi tanah tumpah darah.... amin ...
Bila lah nak continue buat herbalife serius ni sambil ada pekerjaan yang tetap sebab modal. haih....moga ada jalannya nanti. Teringin nak kongsi beberapa impian dalam blog ni...
saya mahu yang ini...Ya allah moga ketemu dan mendapat !! heheh...saya kena berusaha moga ini adalah impian jangka masa panjang yang ingin di bina.

My dream house....suka yang ada halaman yang luas beserta taman yang cantik...biasanya taman macam ni memang sesuai dengan 4 musim punya negara, sini susah nak dapat melainkan duduk dekat tempat yang sejuk ..huhu
Cantiknyerlah taman dia...effa memang sukakan pokok dan tanam bunga. Rumah yang ada air ataupun fountain sangat indah sebab saya memang sukakan nature. Ala-ala mengada gitu nak macam english style tapi itulah aku sukakn banyak pokok dan rumah agam.
Lagi satu, sukakan yang teramat buku. Mengimpikan satu tempat khas untuk tempat membaca,berurusan, dan tempat seisi keluarga berehat sambil menajamkan minda. (Aku tak nak lah anak aku nerd sangat tapi at least dia bijak dan rajin membaca). Memupuk semangat membaca sangat baik sebab generasi bijak adalh generasi yang rajin membaca. Bukan rajin mencari duit sahaja.

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)