CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Friday, February 21, 2014

Hikmah dalam kesusahan

Aku selalu digelar seorang yang rajin berkias, selalu jiwa jiwa, dan juga seorang yang enthusiastic oleh rakan rakan. Tetapi secara batiniahnya jiwa aku sangat keras dan degil. Sungguh aku semakin membesar dengan segala kesulitan yang telah Allah swt berikan. Setiap kesusahan yang telah datang aku titipkan hikmahnya dalam setiap satu memori dan kenangan. Sememangnya pahit kerana bertahan. Bukan mudah untuk berterusan mencapai impian diwaktu zaman aku seharusnya berumah tangga dan bekerja. Tetapi aku sangat bersyukur kerana aku berpeluang melihat dunia hati bahawa aku belum cukup bahagia untuk membawa diri ke alam mempunyai keluarga baru. Aku belum bersedia berpisah daripada ibu dan ayah yang ku lihat bersusah membesarkan kami adik beradik, abangku yang cacat bersih dari segala dosa terbaring. Malah aku sangat bersyukur kerana seorang ahli syurga bersama kami dan sudah pun ada bidadari yang menantinya.

Bodoh lah aku, menangisi cinta manusia yang sentiasa dalam perubahan dan kebohongan, sedangkan cinta Allah itu pasti, janjinya itu pasti, segala kesusahan yang diberikannya itu adalah janji nya untuk membentuk umatnya kuat dan tabah. Ya Allah aku sangat bahagia kini dengan nikmat menuntut ilmu, pandangan luas pemandangan alam mu, dan keluarga. Aku sering terbayang, jikalau ibu dan ayah tiada, aku termenung di rumahku merindui mereka, merindui abangku , ketika itulah mereka ada ketika itulah aku sibuk menangisi cinta yang bersifat sementara. Di manakah aku? Adakah aku akan bersama dengan orang yang salah? Ya Allah kalau ditakdirkan aku pergi, akulah insan paling bahagia kerana aku lebih rela menanti ibu bapaku lewat dariku, biar aku menanti mereka di sana walaupun lambat. Aku yakin jihad dunia ini adalah yang terbaik untuk aku . Usaha tangga kejayaan, moga menjadi wanita yang terbaik dan istiqamah