CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Tuesday, August 27, 2013

Semoga hati ini bahagia

Mungkin kamu dan kamu tidak tahu betapa sepi tatkala hati itu menjadi kosong. Dalam gurau, manja, dan tawa seorang insan terluka dia masih mampu memberi kasih dan terima. Dalam hatinya mempunyai satu perasaan yang takut dan kering. Bagaimana mahu memberitahu kepada dunia bahawa dia sudah berhenti berharap dan hakikatnya dia masih lagi berdiri di sisi. Dia diam melihat dari jauh malah dekat segala galanya. Hatinya berdarah dalam senyum dia masih menerima. Apakah dugaan yang diberikan olehmu ya tuhanku setiap satu aku titipkan segala hikmahnya. Lelah kerana diri sendiri kian terabai dan pasti dia masih mencari diri dan cita-cita. Ya dia sudah pun mulai berhenti berharap dan sudah pun mula berhenti menangis... 

Tidak dapat digambarkan betapa hancurnya kepercayaan dan juga cinta serta kasih kepada yang dicintai. Di dalam hati berfikir adakah telah tersalah langkah? Adakah benar dia orangya dan adakah benar aku? Ya tuhan tunjukkanlah kepada diri ini segala kebenaran, segala galanya sehingga aku yakin. Aku tidak sempurna, maka kau tolonglah aku dengan memberi petunjuk. 





Tuesday, August 20, 2013

getting prepared

Zaman semakin berubah dan segala perancangan perlu dibuat dan berlandaskan kehendak Allah. Aku keliru adakah kerjaya ini akan diteruskan seumur hidup, seakan aku perlu mencari sedikir back up seawal yang mungkin. Tidak mengapa carilah ilmu sebanyak mana yang mungkin di dalam bidang ini, score sebaik mungkin dan alhamdulillah give rest to Allah. ILMU, AMAL, dan TAWAKKAL.


SATU HIGHLIGHT yang aku rasa sangat interesting daripada blog ini (tidak perlu percaya seratus peratus, tetapi berdasarkan apa yang aku lihat daripada ibu dan semua doktor lain) 
...

IN MALAYSIA NON-CLINICAL MEANS A D M I N WORK !!!, so thus, this statement memang mind blowing....so rather slogging ourself/yourself in clinical (for those yang tak berminat) they have better option to be doctor that work as admin officers like pengarah hospital . Make an example like, DR.NORAINI pengarah hospital jasin dahulu. Sekarang sudah ditukarkan ke PUTRAJAYA kerana mendapat kenaikan pangkat ker yusa or jusa salary ....hurm think our pathway and serve the best to the nation ....yes (terfikir tiba-tiba rezeki allah lebih jika kita berusaha banyak dalam perniagaan 90%) but yes it all depends on our struggle and fate of course...


TILL THEN...


the blog that make me wonder:

Tuesday, August 6, 2013

Azam

Raya bakal menjelma dan tahun 2013 semakin di penghujung waktu. Seakan aku telah makin mengenali kehendak diri ini. Apa yang aku mahukan dan apa yang aku mahu jadi. Aku nampak hikmah besar yang Allah berikan kepadaku sewaktu aku sendirian keranan dia memberikan aku waktu berfikir dengan lebih baik. Inshaallah memang aku akan teruskan perancangan tersebut dan perlahan-lahan akan kesampaian...Terima kasih Allah kau mudahkanlah. Hikmah sungguh besar bila kita Allah berikan yang lebih baik :))

cinta agung

Ya Allah Engkau Tuhanku

Tiada Tuhan melainkan Engkau

Engkau cinta-agungku

Nabi Muhammad pesuruh-mu


Ya Allah Engkau sumber bahagia

Engkau sumber keselamatan

Ya Allah Engkau sumber keamanan

Engkau adalah segalanya


Ya Allah Engkaulah pelindungku

Engkaulah sumber rezekiku

Di waktu sakit Kau sembuhkan

Di waktu lapar Kau beri makan


Ya Allah Engkau cinta agungku

Cintaku harap dibalas

Ya Allah Engkau cinta agungku

Jangan cintaku tidak dibalas


Jangan biarkanku tanpa pimpinan

Pimpinlah aku ke jalan benar

Kepada Engkaulah harapanku

Jangan hampakan perasaanku


Aku titipkan rasa kesunyian dan kosong di hati kepadamu. Aku tahu engkau sedang mencaturkan yang terbaik dan terindah dalam hidupku dan yang terlayak. Terima kasih Allah kerana memberiku kejayaan, kesenangan, dan hati yang setia...sungguh aku bersyukur inshaallah. Aku tunggu...

Monday, August 5, 2013

Rakan dan Mungkin kenalan

Setiap kali aku memandang rakanku itu, hati aku pasti akan bersemangat. Aku melihat dia sebagai salah seorang inspirasi dalam kehidupanku. Malah dia mengambil bidang yang sama seperti aku. Dia baru sahaja selesai graduasi di Rusia dan aku lihat dia seorang yang serba boleh dalam banyak hal. Memasak, berbusiness, belajar-malah pandai, dan dia seorang yang sangat comel di mata aku. Aku sering kali suka untuk mencontohi adab dan perilakunya. Alhamdulillah ku rasa ada perbezaan hidupku dahulu dan sekarang. Perit mengubah diri itu sering terasa sakitnya pabila sendirian. Benar hanya diri sendiri yang mampu berubah dan tiada sesiapa yang akan bersama kita di kala susah malah di kala senang ramai pula ....


Friday, August 2, 2013

membisu

Air yang tenang usah disangka tiada buaya

Hari yang indah usah disangka kekal selamanya 

Hati yang luka tidak terhingga 

Bakal merana sejuta kata... 

Dia tidak bodoh berketawa melihat pilu selingkur kata 



Dia mendiam menahan rasa dalam hati engkau kan terpedaya

Dia melihat dan memikir 

Adakah pilu sedang mungkir 

Dia membisu mencari hadir

Hadirnya kasih tidak terpinggir 


Kadang kadang hati wanita itu boleh merasai six sense...
Berlaku jujur itu lebih manis dan penuh berkat terhadap hidup.
Ingat, ALLAH maha melihat dan dia maha pemberi segala-galanya...ingat...