saban hari aku menghitung waktu untuk mencapai segala yang aku impikan. memang perit apabila melihat ramai taulan yang sedang hampir mencapai cita-cita mereka. aku menjadi kalut. terasa penat dan bosan dengan kerenah hari-hariku yang kian hambar dan hati yang semakin menebal dengan sepi. tak terbendung perasaan ini. tetapi apakan daya kekesalan sudah tidak dapat bersisa kembali. semangat ! oh di manakah dikau wahai semangat? mengapa diriku kian menyepi dan terasa semakin hambar dalam riuh-rendah kehidupan manusia kini. aku tahu siapa kau tetapi dalam mengecapi siapa aku aku menjadi kian letih dan semakin hampa dengan segala kerenah manusia yang penuh dengan bermacam cerita seperti penindasan, bodek-membodek, dan sebagainya. aku kian tertekan. BENCI...SUNGGUH AKU MEMBENCI...aku kian tenggelam dalam diriku yang semakin hilang semangat. tidak seperti tingkatan 6 dulu. aku aktif, aku hebat-terasa diri ini hebat di mata guru dan pelajar malah terasa diri ini sangat berguna dan berharga. tetapi kini? hampa!. saat aku di ambang kepiluan dan sewaktu daku di ambang kekecewaan semuanya datang memberi harapan konon, tetapi saat mereka senang waktu aku kian susah dan semakin meratapi kesedihan hati yang sangat bersisa ini tiada sesiapa yang mahu datang betul-betul megubati...sungguh mereka datang hanya mahu menumpang! seperti umang-umang.
aku selalu bersedih bersendirian. mengenangkan nasib yang kian kaburr dan menghitung hari-hariku yang kian hambar. adakah nasibku akan seperti ini? pabila aku kian tua? pulak selepas itu mendapat suami yang pentingkan sangat dengan keluarga dia sahaja dan tidak mahu berlaku adil dengan keluargaku? sungguh ya ALLAH kau jauhkanlah aku daripada lelaki seperti itu....AKU TIDAK RELA...
hati memang merintih. merintih dan menangisi setiap waktu yang berlalu seakan tiada pengisian yang berguna. manfaat pon sekadar ke arah duniawi..ukhrawwiku? bagaimana kesudahannya? melihat kasihan terhadap kedua ibu-bapaku tetapi mereka pon bergaduh dan seakan fed-up dengan pasangan masing-masing. kasihan mereka..adakah aku akan senasib dengan mereka? ditambah pula dengan abang yang cacat aku tiada tempat untuk betul-betul bermanja. habis tu kan kau bermanja dengan teman hati kau tu? hei itu tidak membawa makna yang besar kerana dia belum tentu jodohmu dan belum tentu dia suamimu di dunia dan di akhirat kelak? maknanya aku perlulah selalu berdoa kehadrat illahi supaya dipanjangkan jodoh dan semoga aku tak tersalah pilih calon!!!!!
Friday, February 4, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)