CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Thursday, November 11, 2010

harapan menggunung


hati ni bercita-cita hendak menjadi seorang manusia yang berjaya kelak...


seriuslah engkau agak depresi dan selalu mood swing ni boleh jer selalu bertukar tukar rasa nak jadi apa??? iya ker?

Sebenarnya jauh di satu sudut di hati ini aku inginkan kejayaan yang sempurna dan hakiki. tiada seorang pun yang sempurna? apalah engkau ni Farehah ! Hey aku maksudkan 'sempurna' itu bukan sempurna yang cukup segala sifat kejayaan yang dikecapi terhadap diri. Sebenarnya memadai jikalau aku selalu dapat anugerah dekan dan selalu gembira dengan diri aku ini dan juga terhadap segala kebahagiaan yang bakal tiba. Sebenarnya aku sangat bersyukur jika aku mampu mendapat dekan setiap semester tapi apakan daya selalu jer sikit lagi nak dapat. Maklumlah  ambil kos medikal memanglah sengit cabarannya tambahan pula bercampur belajar bersama ramai 'pelajar pintar'.

Terkadang selalu sahaja rasa seronok sewaktu mahu mula belajar di awal semester, kemudian semangat itu luruh akibat kurangnya istiqamah dan kemalasan yang kian meruncing . Ha ! ini semua tabiat negatif yang harus disingkirkan jauh-jauh dari jiwa dan raga kalau mahu menjadi seorang DOKTOR. Sebenrnya, aku ini ambil dua ijzah ataupun dalam bahasa inggerisnya 'double degree' . Jadi, lambatlah masa untuk aku habis belajar. Kiranya kawan aku kalau dah kahwin boleh dapat 1 atau 2 anaklah baru aku nak selesai belajar . Yelah sekarang tahun 2010 umur aku sudah 21 maknanya dalam umur aku 27 baru habis kedua-dua ijazah tersebut. Malah tak termasuk 'housemanship' lagi !!!!! wahhh tua bangka da aku !!!! Mak !!!!! bila nak Kahwin nih...heheh

Eh ! Jauh pulak menyimpang dari topik perbualan asal. Sebenarnya aku tahu aku boleh berjaya tetapi aku dapat merasakan bahawa aku perlulah banyak berkorban masa dan segala yang aku suka dan ketepikan benda-benda yang aku terlalu sukakan itu ...Boleh kah ? Sebagai contoh, kurangkan banyak tidur, berangan nak jadi kaya cepat dan macam-macam, pemalas nak mengadap buku tu jauh-jauh. Senang cerita kene rajinlah nak berusaha dan sanggup bercekang mata belajar dan meraih A+ yang banyak dan berderet-deret.

bersambung...