Entri hari ini tentang rasa bersyukur dan rasa nikmat mengenali seseorang yang tidak disangka. Apa yang kita rancang belum tentu akan sama keputusannya di masa akan datang. Aku rasa, terpanggil nak menulis selepas lama menyepi kerana kesibukkan. Nak dijadikan cerita sepanjang beberapa tahun selepas habis belajar banyak sangat benda yang berubah. Soal diri,soal keluarga, soal kerjaya, soal perhubungan, dan macam macam. Zaman sekarang mana boleh bercerita lebih topik tentang peribadi di sosial media, sekarang zaman membawang. Benda bodoh boleh jadi penting bagi warga marhaen sekarang. Jadi kesimpulannya, bagi sesiapa yang faham kiasan aku tahu lah apa ertinya rasa hati ini.
Dalam sibuk mencari idea,
Nafas laju membungkam di bantal,
Kusangka hati kosong tak berpunya,
Rupanya ada tapi tidak diramal
Kenal tak diundang
Tegur pun tak dirancang
Sapaan mudah macam kurang
Rupanya hati lama terkenang
Ingat bertuan rupanya enggan
Makan hati berbulan bertahun
Bila diumpan hati terus ditawan
Kerana sikap musnah ia berpergian
Cerita mudah mungkin difahami
Buat mereka yang mencari
Kalau sudah tahu kisah kami
Terima kasih daun keladi
Sayang kasih ditingal tinggalkan
Buat orang bodoh tidak menghargai
Dah tiada baru mendapat penyesalan
Sudah terlambat di sambar lelaki
Komunikasi rahsia pencetus hati
Jangan diremeh hati terluka
Buat kamu yang tidak memahami
Maka biar pergi dari terseksa
Renungan hidup, memang macam dugaan datang cubalah renungi apa kehendak hati. Berhati-hati dalam segala hal, dan jangan mudah mengalah. Mesti tahu diri dan sayangi diri sebab itu kunci menjadi diri kita. In shaa allah .
Thursday, May 9, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete